Saturday, May 21, 2011

MISI GAGAL

Kita hanya merancang..... , Tidak semua acara kayuhan yang kita sepakat anjurkan berjalan dengan lancar, tidak semua misi yang kita aturkan berakhir dengan kejayaan. walaupun sekali kita gagal.....bukan bermakna kita akan terus gagal.....insya Allah kita akan cuba dilain kali.....

Saturday, January 08, 2011

Kangar Pak Bara Kangar 220 km

Projek kayuhan sehari Kangar Pak Bara Kangar berjarak 220 km berjalan lancar.

Sunday, January 02, 2011

MALAKOFF Interstate Fellowship Ride, Penang Perak Kedah

Pada kali ini 5 org ahli TRM turut menyertai acara ini yang berjarak 170 km.

Acara bermula seawal pagi serta berjalan dengan lancar. Tahniah kepada penganjur.

Saturday, December 25, 2010

Meraikan Tetamu Dari Tampin

Tarikh: 25/12/2010
Aktiviti: Meraikan tetamu yang telah berkayuh sejauh 600 Km (dari Tampin selama 6 hari).
Tempat: Wang Klian.

Tetamu dihidangkan dengan masakan selera utara serta pulut ayam, di sempadan Perlis Thailand.

Wednesday, November 03, 2010

Selamat Mengerjakan Haji

Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar; Jumaat 29/10/2010 jam 09:40 mlm

Thursday, September 30, 2010

KPLR'10: JEMPUTAN KE MAJLIS SOSIAL SERTA JAMUAN RINGAN

Kepada semua deligasi KPLR'10 Edisi 2 dari PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG, PERAK, SELANGOR & KL yang berkesempatan berada di Kangar pada hari Jumaat malam esok di jemput ke rumah Tuan Pengurus TRM Cycling Club, Tuan Hj Aznal Mohd Radzi untuk Majlis Sosial, Jamuan Ringan & Urusan Tukaran Wang.


  • Tarikh: 1hb Okt 2010 (Jumaat)
  • Masa: 845 mlm
  • Tempat: Lorong 2, Padang Katong, Perlis

Sunday, September 19, 2010

KPLR II: Room Allocation

Sila semak agihan bilik dan rakan sebilik masing-masing disini, guna filter untuk mudahkan carian. Hubungi urusetia pendaftaran jajahan jika ada kekeliruan. Agihan bilik ini adalah untuk melicinkan urusan check-in di Hotel Florida kelak. No. bilik sebenar hanya akan diperolehi setelah tiba di sana.

Wednesday, September 08, 2010

KPLR 2010- The 2nd Edition Datang Lagi


Kenangan Lalu- Mengumpulkan 215 pengayuh semuanya



Tuesday, August 31, 2010

TRM - 2004

Sempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, aktiviti kayuhan TRM berada dalam musim rehatnya baik di sebelah petang mahu pun di sebelah malam. Terasa ingin pula hendak memaparkan photo sejarah penubuhan TRM ini yang telah wujud semenjak tahun 2004 lagi. Dalam tahun tersebut, tidaklah sebegitu banyak kelab-kelab basikal bukit yang ditubuhkan sepertimana apa yang sedang berlaku di kala ini. Saya sebenarnya merupakan antara ahli yang agak lewat menggangotai kelab ini, iaitu pada penghujung tahun 2007 setelah diperkenalkan oleh Cikgu Fikri kepada Haji Shuib, Che ros dan beberapa lagi ahli lama TRM.

Antara ahli TRM yang terawal, dari sebelah kanan, Haji Aznal yang merupakan Pengurus TRM, diikuti oleh Haji Shuib, penasihat Persatuan, Suhaizi, Shuib serta Che Ros. Gambar ini diambil pada tahun 2006. Dalam tahun tersebut saya belum lagi terlibat dalam sukan sebegini. Sebenarnya bermula pada tahun 2004 lagi, mereka telah mula menjelajah Bukit Wang Angin, Wang Panjang serta beberapa bukit lain yang terdapat dalam negeri Perlis.

Dalam tahun-tahun tersebut (sekitar 2004 sehingga sekarang) mereka juga telah berkayuh secara MTB on Road, dan dalam gambar yang dipaparkan ini pula kelihatan orang lama dalam TRM iaitu Saudara Asri, Zankx, Suhazi dan Shuib.

Gambar ini juga dirakamkan dalam tahun-tahun yang tersebut. Walau apa pun, pengalaman mereka ini amat berharga untuk orang baru seperti saya, yang hanya berkenalan dengan sukan ini dalam masa yang cukup singkat.
Doa dan harapan agar TRM akan terus utuh dalam menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang............

-Sekian-