Tuesday, December 11, 2007

Sorry, not Chiang Mai... its from East to West Coast rides-400km


Total mileage: 396.87km



4/12/2007- Hari pertama (Pdg Besar-Hatyai 60km)

Di sebabkan Amri ada meeting di KL pada 10/12/2007 maka trip ke Chiang Mai dengan berat hati terpaksa kami lepaskan. Keputusannya, kami buat coast to coast rides.
Pukui 7.45 pagi, selepas selesai sarapan kat kedai mamak di Pdg Besaq, Pak Non dgn Cikgu Fikri yang bermurah hati menghantar kami ke sempadan terus sound kami, "hampa dok meralit apa lagi, sayup dah,,, satgi hangat,,, lagipun la ni angin timoq! Setelah mengucapkan selamat jalan kami pun mula menyelesaikan urusan perjalanan di sempadan. Cuaca cerah mengiringi kayuhan kami hingga ke Hatyai.


5/12/2007- Hari ke 2 (Kayuhan sekitar bandar Hatyai 45km)

Bandar Hatyai macam biasa la, sibuk dengan aktiviti ekonominya. Kalau melawat Siam, hangpa tidak perlu kalut dok tukaq duit kat money changer lagi. Hangpa cuma pastikan kad ATM hangpa ada duit baki serta perlu aktifkan 'international roaming'. Ini boleh dilakukan di mesin atau hanya buat panggilan ke bank yang berkenaan. Tapi untuk mengelak 10 hinggit charge transaksi antarabangsa, hangpa dinasihatakan draw duit banyak-banyak dalam satu transaksi. Tiada lain-lain charge dikenakan dan akan mengikut kadar tukaran pada hari tersebut.

Sedang menyusuri jalan keluar dari bandar Hatyai menuju ke Hatyai Municipal Park.
Di sinilah terletaknya sebuah bukit yang menempatkan sebuah tokong buddha. Dari atas sini kita dapat melihat keseluruhan kota Hatyai dan pemandangan akan lebih cantik di waktu malam.



Kelihatan tokong buddha di belakang



Cikgu Amri berjaya dalam kayuhan hari
pertama dan kedua, tahniah walaupun masih
baru dalam bidang ini!

Megah di persada antarabangsa... Sensual...!

Brade siam (tourist guide) tolong ambilkan fotonya





Shaolin Bicycle! Dah pikiaq habih ka oi...




6/12/2007- Hari ketiga (Hatyai-Pak Bara 140km)

Aku "title"kan Kayuhan Sejuk hari ini kerana hujan lebat mencurahi Hatyai sejak awai pagi lagi. Sepanjang 90km tu pakaian kami basah dan kering silih berganti, angin kencang terkadang-kadang ribut menyebabkan ranting pokok berguguran menimpa kami,,, sangat2 mencabar minda! Waktu ni Amri dah injured lutut dan scramble dengan cuaca buruk serta bukit bukau. aku kesian sungguh kat dia. Akhirnya dengan semangat juang yang tinggi dia berjaya juga sampai kat pekan Chalung (orang kampung aku panggei Chelung). Gerek aku pulak pancit 2 kali terkena kaca...
Hanya setelah menghampiri pekan Chalung baru keadaan semakin elok. Memang munasabah la, tadi kami berada di pantai timoq yang sedang tengkujuh,,, tut-tut berada belah pantai barat pulak! Jam 2 ptg kami sudah boleh menikmati makanan tengah hari yang enak di gerai Mat. Waktu ni aku dengan Jone decided yang Amri kena naik 'pick up' siam untuk meneruskan baki 50km perjalanan ke Pak Bara. Setelah 'nego' dengan Mat, dia bersetuju menghantar Amri ke Pak Bara. Kosnya 600 baht!
Waktu ni la aku dengan Jone pelepaih niat dengan melakukan kayuhan geram dari Chalung ke Pak Bara setelah 2 hari dok mengasuh Amri! Syok sungguh layan bukit naik turun naik turun... Kurang 2 jam kami dah sampai kat Langu. Gila, average speed: 27km/h.

Hoi, malu kat anak dara siam laaa!

Kereta crew Tv11 siam yang bermalam di Pakarang
Resort, Pak Bara, sama tempat kami tidoq mati.
Tapi depa ni buat apa kat sini? Sea games jauh nu..!



7/12/2007- Hari ke 4 (Pak Bara- Pulau Tarotao 1 jam feri/ tour pulau 45km)

Di Ko Tarotao ni la hanya kami bertiga saja melayu dengan beberapa orang petugas chalet serta renjer hutan berbangsa siam yang ada. Lain-lain semua mat-mat salleh dengan mak-mak salleh serta adik-adik salleh saja yang memenuhi tempat ni! Aku anggarkan tak sampai 100 orang yang ada di pulau ni satu-satu waktu.
Aku tak mau cerita banyak pasai Tarotao ni sebab aku nak buat post spesel mengenai tempat ni nanti! Tunggu,,,,











8/12/2007- Hari ke 5 (Pak Bara-Satun 60km)

Hari ni kayuhan kami bermula pukui 3.30 ptg selepas kami pekena nasi kat kedai orang islam kat jeti Pak Bara. Feri dari pulau Tarotao ke Pak Bara delayed 1 jam lebih. Time patut pukui 11 tapi pukui 12 lebih baru mai. Hampeh!!! (memetik kata-kata Wan Penang)
Kayuhan hari ni agak mencabar kerana bermula di bawah terik matahari. Angin timoq yang kencang pula datang dari arah hadapan. Trouble, gerek rasa macam ada orang dok tarik!
Peristiwa menarik terjadi di pertengahan jalan apabila kami singgah di sebuah kedai menjual motosikal milik orang Islam. Niat hanya untuk bubuh minyak rantai akibat mengharungi hujan serta terkena ayaq masin sewaktu perjalanan menaiki feri, tapi adik-adik perempuan yang bekerja di sini 3 orang semuanya sedang 'tea break' telah bersusah payah pergi keseberang jalan belikan kami ais kacang. Apa lagi, hirup la sampai kering! Time nak kasi duit depa cakap depa belanja kami bertiga! Fisabilillah...
Tapi maaf la, tiada gambar untuk hari ini! Bateri phone aku dah padam pasai semalam kat Tarotao tak ada kemudahan elektrik!


9/12/2007- Hari ke6 (Satun- Wang Pracan 40km)

Jam 8 pagi kami sarapan di tepi jalan untuk balik ke sempadan. Sedang bersiap untuk meneruskan perjalanan, tiba-tiba satu group gerek berhenti di hadapan kami. Ada 12 orang semuanya. Depa ni geng Satun Bike Club nak kayuh pi Wang Pracan. Cantikkkkkk, buleh la join sekali. Setelah berkenalan, kami bersama-sama kayuh sambil menyembang dengan depa. Dua tiga orang daripada depa ni beragama islam.
Boleh tahan juga tengok gerek puak-puak ni. 2-3 orang guna group set XTR malah ada yang guna GPS tapi aku agak pelik dengan brand gerek depa ni. Tak penah dengaq aku gerek brand macam tuh. Aku nak sebut pun dah tak ingat namun ada juga yang pakai Cannondale, Giant dan KHS.

Di pertengahan jalan ada 3 orang lagi riders menunggu. Kalau tak salah kat Kg Thung Pattana, semua geng tang ni beragama Islam. Shafari, seorang lagi brade tu tak ingat nama dan Abidin yang agak fasih cakap melayu.

Tq Pakcik Mail dan Ron yang sudi menyambut kami kat Kg Thung Pattana. Lepas krismas ni depa pulak nak tour Kanchanaburi, dengaq kata sampai 10 hari! Gud luck bro...

Bergambar sebagai kenangan di sempadan Malaysia Thai. Hangpa nak mai Malaysia phone kami na...!


Sekian.



No comments: