Sunday, March 01, 2009

REMY ROHANI: DALAM KENANGAN


Gambar aruah bersama Wahid Senario di Wang Panjang


Anak bujang Rohani Rahmani yang kemalangan di Lebuhraya PLUS jam 5 pagi sabtu, telah meninggal dunia di Hospital Tanjung Malim. Jenazah yang sampai jam 530 ptg telah selamat dikebumikan jam 7 ptg di Tanah Perkuburan Guar Sanji.

Banyak sangat kenangan kayuh kami bersama arwah terutama sebelum dia menghadapi peperiksaan SPM. Ketika di tingkatan 5, arwah jarang kayuh kerana menumpukan perhatian pada peperiksaan dan sejak itulah kelibatnya semakin jarang kelihatan. Kami kenali dia sebagai anak yang pendiam tapi agresif dalam kayuhan, lebih-lebih lagi sewaktu melayani penurunan cerun.

Peristiwa yang paling tidak dapat dilupakan ialah sewaktu kemalangan beliau dengan Sohaimee a.k.a Trexx sewaktu menuruni Wang Angin® menerusi level 2. Percubaan arwah untuk memotong Trexx di satu cerun curam menyebabkannya terjatuh. Trexx yang berada di belakang gagal mengelak dan terus melanggar tepat basikal Scott Genius arwah. Sewaktu aku sampai kedua-dua mereka masih pening-pening lalat. Mengenangkan hari tu ramai yang ikut kayuh serta-merta juga aku mengisyaratkan kepada semua kengkawan yang turun dari atas supaya memperlahankan kelajuan. Di situ laluannya pendek serta banyak selekoh yang menghadkan pengelihatan. Kelajuan kami di situ biasanya sekitar 30-35kmh. Tidak laju tapi dengan darjah cerun yang sebegitu, kalau terjatuh, pergerakan basikal serta penunggang hanya akan berhenti di bawah. Begitu jugalah dengan mereka.

Kali kedua arwah Remy terjatuh di Ladang Jati, Bukit Perik. Mengalami luka di sana-sini.

Semoga Saudara Ron sekeluarga tabah menghadapi ujian dari Allah swt
serta mendoakan agar roh allahyarham bersama orang-orang yang beriman. Amin.




No comments: