Sunday, April 19, 2009

Gunung Jerai - Kayuhan Berlesen


Puncak Jerai: Jarak 15km ketinggian 1217 meter.
Sabtu 18 April 2009; Kami ber 5 di umpan Ramly SP untuk kayuh epi-epi ke puncak Jerai. Rombongan kami sampai paling lewat kerna Wa Don menunggu waktu Subuh dengan syahdu sehingga jam 06:20. Di tempat berkumpul di kaki G. Jerai ramai pengayuh dah siap nak mulakan kayuhan. Program anjuran Ramly memang disambut hangat, kali ini penyertaan dari Perlis, A Star, Gurun, Baling, S Petani dan Tandop. 
Agak terharu juga kerana kami diberi penghormatan untuk berkayuh last kerana WA Don, Dik Man, Long Mie dan Ngah Dan belum lagi lengkap berpakaian perang, manakala Bang Aji bergabung dari belakang setelah mengayuh dari Guar Cempedak. 

Lokasi: Muzium Perhutanan -11km
Puncak Jerai - 15km Sedingin Brastagi. Bendalir (jgn buat spekulasi) yang meleleh dari Ngah Dan tu adalah coolant Jerai, menurut Ramly ianya penuh dgn Mineral Asli.

Metafora yang diguna oleh Razif Baling sangat menarik; 3 Citarasa Kayuhan iaitu :-
1: Muzium Perhutanan - Lesen B2
2: Resort G. Jerai - Lesen D
3. Puncak Jerai (Menara Pemancar) - Lesen E

Kepuasan dapat Lesen terpancar di wajah para pengayuh .......





1 comment:

Anonymous said...

nice post