Sunday, April 26, 2009

MERBOK GO GREEN CHALLENGE: RUNNER UP FOR TEAM TRM PERLIS

Dari kiri Azri, Tok Wan, Mizi & Aini


Team TRM Perlis yang di wakili oleh:

  1. Wan Shahidan Yahya 21
  2. Azry Aminurashid 7
  3. Mohd Tarmizi Idris 13
  4. Nursyuhaini Othman (MSN Kedah)

telah menduduki tempat kedua dan membawa pulang hadiah RM 2,000, plak serta sijil dalam MERBOK GO GREEN CHALLENGE.

Disiplin:

  • Kayak 8 km
  • Berbasikal 15 km

Tahniah Tok Wan yang bertungkus lumus menyediakan pasukan di saat-saat akhir. Berjaya juga membentuk pasukan walaupun ahli pasukan asal tidak boleh ikut serta setelah hanya mengetahui terdapat acara ini 3 hari sebelum pertandingan. Maka Tok Wan menjadikan Azri & Mizi sebagai mangsa (hanya sempat melatih Azry & Mizi mengayuh kayak selama satu jam). Hanya nasib juga yang menyebelahi setelah di maklumkan penganjur terdapat satu pasukan menarik diri kerana pada awalnya Team TRM Perlis hanya berada di dalam senarai menunggu gara-gara pendaftaran lewat.

2 comments:

veaniram said...

Hi Friends, just visit www.thecarnivall.com to get more photos on Merbok Go Green Challenge 2009. Register yourself and have more fun!!!

www.thecarnivall.com

zan-KX said...

veaniram,
thanks