Wednesday, September 02, 2009

JOM PERANG



Pawang Tepok Pawang Diraja membakar Kemenyan Lambung Petalabumi, Dibakar sekali 7 menyerah. Dibakar 2 kali 100 menyerah. Dupa kehitaman naik ke Perabung Istana lantas istana itu bergegar seketika. Pawang Tepok Pawang Diraja lantas mendatang sembah.
"Adapun Tuanku memerlukan seekor gajah perang yang perkasa. Menurut tilikan patik, gajah itu Gajah Putih Bergading Perak yang berdiam di hulu Mukim Manjung di dalam taklukkan Duli Yang Dipertuan Negeri Perak. Tuanku harus segera mendapatkan gajah itu kerana jika diketahui terlebih dahulu oleh Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Perak, geruh pasti mendatangi Acheh dan Acheh akan tumpas pula di tangan Perak. Jika Tuanku benar-benar ingin untuk mendapatkan gajah itu, pada hemat patik, tiada jalan lain melainkan perang sahaja. Tuanku harus segera menakluki Negeri Perak..."


Tuanku Mahkota bangkit dari persemayamnya. Lantas bertitah
"Datuk Menteri sekelian. Siapkan segala laskar, juak-juak dan biti-biti perwara, kembangkan layar bahtera di Ulee Lheu. Kembangkan sekelian obor-obor Diraja. Naikkan panji-panji kebesaran. Tiup Nafiri dan palu gendang perang. Lepaskan semboyan 26 das tembakan di muara. BERSIAP BETA NAK KAYUH PECAH LEMAK!!!"

posted by: Long Mie

No comments: