Tuesday, October 13, 2009

KPLR09; Tempat Letak Kereta

Pengetua Sekolah Menengah Putra, En Gazali bin Abdullah telah bermurah hati membenarkan peserta KPLR09 meletakkan kenderaan masing-masing di tempat letak kereta Dewan Besar Sek. Men. Putra. Lokasi ini sangat strategik kerana bersebelahan dengan tempat Flag-off. Pihak Sekolah tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan dan kehilangan kenderaan.
Sebagai menghargai pertolongan ini pihak urusetia akan menghadiahkan T-shirt KPLR kepada En Gazali dengan ucapan Terima Kasih Daun Keladi.


View KPLR Flag-off in a larger map

No comments: