Tuesday, August 31, 2010

TRM - 2004

Sempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, aktiviti kayuhan TRM berada dalam musim rehatnya baik di sebelah petang mahu pun di sebelah malam. Terasa ingin pula hendak memaparkan photo sejarah penubuhan TRM ini yang telah wujud semenjak tahun 2004 lagi. Dalam tahun tersebut, tidaklah sebegitu banyak kelab-kelab basikal bukit yang ditubuhkan sepertimana apa yang sedang berlaku di kala ini. Saya sebenarnya merupakan antara ahli yang agak lewat menggangotai kelab ini, iaitu pada penghujung tahun 2007 setelah diperkenalkan oleh Cikgu Fikri kepada Haji Shuib, Che ros dan beberapa lagi ahli lama TRM.

Antara ahli TRM yang terawal, dari sebelah kanan, Haji Aznal yang merupakan Pengurus TRM, diikuti oleh Haji Shuib, penasihat Persatuan, Suhaizi, Shuib serta Che Ros. Gambar ini diambil pada tahun 2006. Dalam tahun tersebut saya belum lagi terlibat dalam sukan sebegini. Sebenarnya bermula pada tahun 2004 lagi, mereka telah mula menjelajah Bukit Wang Angin, Wang Panjang serta beberapa bukit lain yang terdapat dalam negeri Perlis.

Dalam tahun-tahun tersebut (sekitar 2004 sehingga sekarang) mereka juga telah berkayuh secara MTB on Road, dan dalam gambar yang dipaparkan ini pula kelihatan orang lama dalam TRM iaitu Saudara Asri, Zankx, Suhazi dan Shuib.

Gambar ini juga dirakamkan dalam tahun-tahun yang tersebut. Walau apa pun, pengalaman mereka ini amat berharga untuk orang baru seperti saya, yang hanya berkenalan dengan sukan ini dalam masa yang cukup singkat.
Doa dan harapan agar TRM akan terus utuh dalam menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang............

-Sekian-

No comments: