Tuesday, October 30, 2007

PRA-KATA TRM

Selamat datang kepada semua warga basikal bukit di mana saja anda berada. Semoga kita mendapat sedikit sebanyak manafaat serta ilmu daripada blog ini. TRM di sini adalah singkatan dari Titi Raja Muda (bersebelahan Istana Raja Muda, sekarang ni dah pun jadi raja perlis) tempat kami selalu berkumpul sebelum memulakan kayuhan.

Laluan kegemaran kami ialah:

1. TRM-Wang Angin (7km tarmac rata/ 1.5km off road mendaki.). Pergi balik lebih kurang 17km. Wang Angin adalah puncak yang bersempadan dengan Thailand. Wakaf berbumbung biru yang kelihatan dalam gambar ini hanyalah beberapa meter saja dari batu sempadan. Kelebihan trek ini ialah jarak yang dekat dari kediaman ahli. Jam 5.30 petang adalah masa yang paling ideal kerana kayuhan boleh lengkap sekitar jam 7.15 petang.

2. Bukit Ayer-Wang Panjang-Wang Tampoi-Bukit Ayer (Satu pusingan 8km/ 1 jam 15 minit). Offroad yang agak ekstrem dengan laluan lereng yang sempit sebelah Wang Tampoi- Bukit Ayer. Sekarang ni separuh laluan dari kaki bukit Wang Panjang keatas bukit telah di bina konkrit, lebih mudah untuk pendakian.

3. TRM-Sungai Siran-Bukit Bintang-Belakang Kelab Golf Putra-TRM. Laluan ini sebagai alternatif kami ketika hujan kerana semua laluan ini adalah tarmac. Sesuai untuk semi endurance dengan jarak 32km/ 1 jam 30 minit. Semua laluan ini adalah landai kecuali Bukit Bintang dan belakang Kelab Golf Putra.


4. Bukit Putih. Semua laluan bertar dengan jarak 7km.

5. Wang Kelian. Dari Pusat Kokurikulum ke post sempadan 12km

Kepada pelawat blog dari luar Perlis yang berminat untuk merasai keseronokan trek ini sila hubungi melalui komen ataupun email: zankx@yahoo.ca



1 comment:

Long Mie said...

Tahniah kerna create blog ni dan pastikan ia segar sepanjang masa. Saya akan bantu memeriahkan blog ni.
La ni sebok buat overtime....hujung tahun ni kerja banyak dan nak capai target. Insyallah tahun depan boleh kayuh semula macam selalu......