Sunday, January 27, 2008

PERMUAFAKATAN TRM-TEBAS LEVEL 3

Walaupun tiada kayuhan hujung minggu ini, ahad kelmarin sepasukan sukarelawan TRM telah bergotong royong merintis, menebas, menebang serta meratakan hutan Wang Angin kawasan level 3 yang ditumbuhi semak-samun kerana kawasan tersebut tidak diusahakan oleh pemilik dusun sejak beberapa tahun yang lalu.
Orang kuat yang bersungguh-bersungguh mahu level 3 ini dicuci ialah Cikgu Zul yang tidak henti2 mengingatkan semua ahli agar mencari satu hari yang sesuai untuk gotong royong. Akhirnya kelmarin berhasil juga niat Cikgu Zul yang berhajat besar untuk melayan downhill level 3 ini yang lebih mencabar serta terlalu bahaya akibat banyak kawasan2 curam yang berbatuan kasar serta licin. Ini akan mendatangkan lebih banyak masalah kepada pengguna2 gerek ekor keras.
Selepas bersarapan kat kedai Kak Enson, jam 830 kami mula mengangkat peralatan masing2. Selepas berhempas pulas selama 3 jam lebih, Akhirnya trek berjaya juga disiapkan pada pukul 12.30 tgh hari dengan jarak keseluruhan 1000 meter. Pastinya mulai minggu depan ahli yang melakukan kayuhan harian ke Wang Angin tidak akan lagi berhenti di wakaf terakhir di sempadan sebaliknya akan membelok ke kanan kelaluan kasar, licin, bahaya serta curam. Maka dengan ini akan lebih bertambahlah stamina ahli semua. Sebelum ini rider akan berpatah balik apabila sampai di wakaf sempadan. Kita tengok la nanti siapa pula yang akan tewas menyembah bumi.
Tiada dalam gambar ialah Mazlan UiTM serta anaknya yang turut hadir. Tiadanya mereka dalam gambar kerana telah pun pulang sewaktu bertemu di meeting point. Ada hal katanya.

Jadi hutan rimba.. 2 tahun yang lalu trail ni sangat cantik serta selamat walaupun curam.

Dah nampak macam jalan. Hj Che Rus (belakang) serius melebarkan laluan.. Nak memotong orang la tuh!

Man MPK tekun dengan senjatanya.. committed la budak ni..!

Shuhazi menebaih dengan bekot (pr. baycord)

Chan, RamlySP & Mat Kedah: Hangpa semua paham ka bekot tu apa? Hehe

Meeting point: Akhirnya dua pasukan bertemu di tengah2.. Kelihatan Che Rus & Cikgu Zul yang bermula dari atas menghampiri pasukan bawah
Macam buat terowong Britain-France la pulok

Uis, anak sapa tu? Hadi, hang pun menebaih jugak ka?

Penat lelah hilang mendengar cerita pakcik salah seorang pemilik dusun..
Pakcik Mail macam Mr Brown la..
Shuib, fork dah pasang rock shox reba 100mm travel, jangan downhill pelan2 lagi.. Belasah saja
Pakai cangkui saja.. Zul, Shuhazi: esok boleh break record maximum speed kot???

Pekena bihun goreng & keropok goreng kat rumah Zul
Kepada semua yang menjayakan aktiviti hari ini terima kasih tidak terhingga dari Urusetia Kerja. Semoga niat baik mendapat ganjaran yang baik juga dari Allah swt. Amin

No comments: