Tuesday, June 24, 2008

Terlomba Di Danau Toba - bah. 1

Posted by TReX
TRM adalah sekelompok penunggang basikal bukit yang niat utamanya adalah untuk kesejahteraan rohani dan kesuburan fizikal, keharmonian persahabatan dan kepuasan penderaan kudrat tahap maksima. Apa yang di alami oleh kami pada minggu lepas adalah suatu yang tidak di impikan sama sekali, bukannya merantau ke negara orang yang menjadi persoalan tapi masuk bertanding perlumbaan mtb adalah sesuatu yang tak pernah kami lakukan inikan pula mewakili negara dan bersaing dengan pasukan dari Thailand dan Indonesia.
Hasil dari maklumat yang dikumpulkan, perlumbaan ini adalah salah satu program penggalakan pelancongan anjuran pemerintah Sumatera Utara. Pembiayaan sepenuhnya oleh penganjur membuat kami lebih teruja untuk menyertai dan tambahan pula niat untuk tour berbasikal di Sumatera telah lama dirancang sejak 2005 lagi. Maka email "jom pi" dari Hj Shuib telah disambut secara spontan dari geng TRM.
12/06/2008:

Jam 3.00: ptg Kami bertolak dengan tiga buah kenderaan dari Kangar menuju ke Airport Bayan Lepas. Singgah sekejap di Tol Sungai Dua kerana urusan penjualan Bingkai Merida si Zankx dan Kajai. Dipercayai transaksi ini bernilai lebih 1juta RP yang mana uangnya berjaya dihabiskan bershopping di Medan. Selesai solat qasr Asr kami meneruskan perjalanan dan tiba di airport disambut lambaian kelegaan Pak Mae dan Ron yang sedang minum di Restoran. Selesai hantar kereta ke rumah adik Ron, urusan pertama adalah penukaran wang di Maybank. Halim yang bertugas di kaunter Maybank hari tu dengan senyum meleret telah bermurah hati menghadiahkan kami 1juta RP seorang, sebagai balasan kami sedekahkan pada bank RM375.00 jer. Kami melangkah dari kaunter layak seorang jutawan yang nak pergi berbelanja apa saja yang dihajati. Ada yang sms kat kekawan "aku ada wang berjuta".
Jam 6.00 ptg: Di stesen pengimbas kakitangan airport heran yang kami ni nak pi naik basikal kat Medan ... tak penat ke? Danny dan rakan dah pun mula berbaris di kaunter check in AirAsia walaupun masih belum dibuka. Adi tiba dengan penuh kekalutan kereta aku nak tumpang parking kat rumah adik Ron. Sementara Ron dan Shuhaizy menguruskan ehwal kereta Adi, Rombongan TRM yang lain mula berbaris di kaunter checkin di belakang kumpulan Danny. Kalut jugak kami lihat Danny & rakan kerana kotak sepedanya melebihi berat maksima iaitu 15kg. Sekilo berat terlebih akan dikenakan bayaan RM15.00 selain bayaran "sport equipment fee" sebanyak RM35.00 ... Imej "hassle free airline" AirAsia dah mula memberi kesan buruk pada kami ... alangkah bagus kalu ada saingan lain...Dengan sepantas kilat kotak sepeda masing-masing dibuka lalu dikeluarkan beg pakaian yang dimuatkan sekali......patutla....
Jam 7.00 ptg: Selesai checkin kami menuju Restoran Airport buat mengisi perut Bapak-Bapak TRM lagipun penerbangan ditunda lagi (kali ke 2) ke jam 9:10 mlm. Rombongan Che Bakar dari P. Pinang baru tiba untuk checkin, ramai juga ahli rombongan nya...Setelah kami beritahu Bakar mengenai sport equipment fee, beliau pun lalu bertemu pegawai AirAsia mencuba kut-kut dapat pengecualian, lagipun baru lagi balik dari Bangkok tanpa kena charge sport equipment. Malangnya usaha Bapak Bakar tidak berjaya, maka tersenyum lebar Bapak Tony Fernandez melihat bilangan kotak Basikal yang berjumlah 50 biji itu.
Jam 8:30 mlm: Selesai pekena Nasi Goreng Mumbai, kami memasuki pemeriksaan Imigresen di ketuai Bapak Zankx selaku kepala paspot kerna kami gunakan paspot berkumpulan. Ketika melalui pemeriksaan keselamatan bag bapak zankx ditahan kerana ada senjata. Lalu ditahan senjata itu yang merupakan sebilah Bicycle Tools cap Ayam betina. La....hang tak tau ka mana boleh bawa pisau kedalam pesawat? Oleh kerana perasaan terlalu sayang yang amat sangat pada tools itu maka bapak Zankx meminta pertolongan bapak Bakar yang sedang bercheckin dibawah untuk mengambil tools kesayangannya dan dimasukkan kedalam kotak sepeda rombongan che Timah eh silap rombongan Che Bakar.
Jam 9:10 mlm; kami dah menunggu di Gate 12 namun pesawat Boeing 737 tak nampak batang muncung lagi....
Tak lama kemudian pesawat AirAsia tiba juga akhirnya dengan ala teksi sapu, tergesa-gesa memuntahkan penumpang, kemudian gate 12 dibuka lalu menelan penumpang baru ke dalam perut pesawat. Semua proses ini dijalankan dengan cepat, enjin tak dimatikan, pilot pun tak bangun dari kerusi tapi kargo bagasi penumpang belum pun dimuatkan lagi!
Jam 9:30mlm; Akhirnya kotak-kotak sepeda selesai dimuat ke dalam perut pesawat dan
siap untuk berlepas. Tanpa disengajakan rombongan bapak-bapak TRM menduduki kerusi yang strategik iaitu hampir dengan pintu darurat. Bapak Nan adalah paling hampir dengan Pintu Darurat lalu salah seorang paramugari menghampiri bapak Nan dan melantik beliau selaku orang yang bertanggungjawab kepada pintu darurat. Bapak Nan di ajari cara nak membuka pintu tersebut cuma kalau ada air laut diluar sahaja jangan dibuka, agaknya takut basah kut....Walauapapun kami semua mengenakan sabuk pengaman masing-masing kerna pesawat dah nak berlepas ke Medan. Maka terbanglah kami melintasi Selat Melaka di kala malam bertemankan Sang Rembulan dengan Bapak Hj Nan yang tampak gawat sebagai Kepala Pintu Darurat ..................


bersambung ke bahagian 2

pratonton bah.2.........(kisah di Medan - Berastagi)...dan lori

No comments: