
Tersentak kami dek hentakan kuat tika mendarat.....kut Bapak
Pilot
mengantuk keletihan atau gugup kehijauan namun bagi kami janggal sekali kekasaran pendaratannya. Walaupun begitu syukur kerana akhirnya TRM dapat buat pertama kali menjejak kaki ke bumi Sumatera khususnya buat Ron dan Trex yang leluhurnya berasal dari pulau ini (Ron - Bukit Tinggi dan Trex - Tapanuli Selatan). Upacara sambutan yang sederhana diadakan oleh Panitia Pelaksana di airport Polonia dan dengan menaiki 2 buah bas team dari Malaysia dan Thailand ini ditempatkan dibeberapa buah hotel di Kota Medan.
Pilot

Kami diberi penginapan di Hotel Griya dan sebaik sahaja masuk kebilik, tugasan yang pertama ialah memasang semula beskal. Malam itu kami diberi nombor plate untuk dilekatkan di beskal dan dibaju masing-masing. Setelah memiliki nombor ini barulah timbul satu perasaan kesedaran yang kami ini rupanya "Peserta Pelumbaan MTB" atau dalam bahasa Indonesia "Pembalap MTB" dan yang lebih mengerikan sebagai pembalap mewakili Malaysia.
Waktu sudah menunjukkan jam 2 pagi dan buat pertama kali pembalap TRM merasai nasi kotak yang diedarkan sebagai makan malam. Malam yang dah lewat ini dipaksa untuk melelapkan mata kerana besok satu lagi sejarah TRM akan tercatat.



Upacara perasmian disudahi dengan pelepasan peserta perlumbaan oleh tetamu kehormat yang kami kira Bapak Gabernur. Maka berkayuhlah kami di tengah kota menuju ke tempat pelepasan perlumbaan yang dikabarkan hanya berjarak 3km. Walaupun kumpulan pelumba ini diketuai sebuah kereta peronda polis namun lalulintas tidak menghiraukan peserta yang sedang berkayuh beramai-ramai ini. Ada ketika kenderaan melintasi di tengah-tengah kelompok pelumba, yang menghimpit dan ada yang memotong....waduh bisa kecelakaan ni bapak. Kayuhan warmup ni berkelajuan 35-40kmph, kami yang berada di bahagian ekor selalu diucapkan "bergabung pak" oleh marsyal apabila ketinggalan agak jauh......wah, kita ni dah berlomba ka belum? Bapak shuhaizy terlompat dari beskalnya kerana pembalap di hadapannya membuat brek mengejut, mujur beskalnya tidak rosak dan masih dapat terus berlumba.
Setelah berkayuh 18km yang berkelajuan tinggi, kami sampai ke Pagoh Batu dan disinilah perlumbaan akan bermula. Hasil dari interaksi dengan pembalap tempatan kami diberitahu jarak kayuhan adalah 45km dengan separuh landai dan separuh mendaki ke ketinggian 1000 meter ..... bisa pak!
Setelah berkayuh 18km yang berkelajuan tinggi, kami sampai ke Pagoh Batu dan disinilah perlumbaan akan bermula. Hasil dari interaksi dengan pembalap tempatan kami diberitahu jarak kayuhan adalah 45km dengan separuh landai dan separuh mendaki ke ketinggian 1000 meter ..... bisa pak!
Semua pembalap TRM bersaing dalam kategori Veteran (35 taun ke atas) dan kategori ini dilepaskan paling kemudian. Bapak Bambang yang memegang bendera dam hitam putih melepaskan kelompok veteran ini dan sekaligus mencatit sejarah sebagai perlumbaan pertama TRM mewakili Perlis dan Malaysia.
Kami dapat menyaingi kayuhan perlumbaan di jalan landai tapi setelah laluan mula mendaki kami mengekalkan rentak kayuhan TRM dan membiarkan pembalap lain ke depan. Bapak Ron
telah terputus rantai dan pertolongan lori penduduk tempatan berjaya mengejar bas panitia untuk ditumpangi. Bas berkenaan juga dinaiki Bapak Hj Nan dan isteri. Bapak Shuib akhirnya akur dengan kekejangan otot dan terpaksa menaiki lori backup yang mengekori perlumbaan. Lori ini berhenti pula di hapadan Bapak Trex menyebabkan beliau terhenti. Sebaik berhenti otot betis terus kejang menyebabkan tidak upaya meneruskan perlumbaan .... waduh, naper berenti depan gue! katanya menyesal kepada marsyal lori yang terkedu. Kayuhan mendaki ini juga menyebabkan bapak Mae, shuhaizy dan Adi digalakkan untuk menaiki lori mungkin kerana panitia mahu mengejar schedule. Maka ternaiklah bapak-bapak ini ke atas lori. Bapak Zankx masih berdegil meneruskan kayuhan dan untuk menghilangkan dahaga singgah di kedai membeli coca cola .... sungguh ka bapak tidak beli makanan .... hanya minum aja? Sayugia diingatkan sepanjang laluan perlumbaan kami lihat banyak sekali warung/rumah makan yang menjual babi panggang....ergh terliur ..... enak pak!


Sepanjang perjalanan suhu sudah mula terasa nyaman, tumbuhan pokok temara dan pine


Lebih kurang jam 3 ptg kami dibawa ke Hotel Enesti untuk bermalam. D sini kami rasai kedinginan Brastagi tatkala mandi. Memang pihak hotel sengaja tidak melengkapkan alat pemanas air di bilik mandi ..... bapak mau jimat air ya!!
Keputusan rasmi .....
No comments:
Post a Comment