Wednesday, July 16, 2008

LOGGING TRAIL CARUK LANGSAT, JITRA

Jumaat, 11hb Julai 2008 kami memenuhi hasrat untuk melayani trek balak yang digembar-gemburkan oleh Redflag sebagai santapan jasmani TRM. Jam 2.20 Loso dah kelui aku depan rumah, "Zan, jom..!!"
Di lebuh raya aku menghubungi Ron & LT untuk mengetahui lokasi. Ron di belakang manakala LT dari Sintok sudah dekat Changloon, "Cantik, kita makan dulu kat Joe Cendol Pulut". Malangnya tiada urusniaga di situ dan kami terus ke Jitra. Akhirnya menemui kedai makan di hadapan TNB Jitra.
Seorang demi seorang tiba, Cif, Ron & Mat serta 2 kawannya menjadikan 8 orang semuanya. Loso menghubungi Wan Shahidan dan mengesahkan dia sudah di kedai Redflag.
Penyertaan: 24 berbasikal + 1 berlari + 1 bermotorsikal

Inilah yang dimaksudkan... Abang oren (masa menurun kami potong dia, masa mendaki dia potong kami)
Pendakian pertama

Pendakian kedua
Kumpulan laju menanti di atas..
Kerana bosan menanti ketibaan penunggang di belakang, aku & Cif mereka (cari ilham) dengan meneroka kawasan sekitar sambil membuat beberapa aksi menurun di cenuram 3-4 kaki berulang kali. Dalam dok ralit sembang2 tu, celah mana tah Loso dah 50 meter keatas..!!

Sewaktu menuruni bukit ni la dia tersalah anggar tempat yang sepatutnya diambil. Loso telah jatuh dalam keadaan muka tersembam ke tanah dari ketinggian 5 kaki..!!!
Akibatnya 5-6 batang giginya tertanggal. Sewaktu aku ziarah dia pada hari Isnin, dia masih gagal mengesahkan bilangan sebenar. Selain itu bibir atas terbelah dua, koyak 2cm bahagian pipi kiri tepi hidung serta tulang selangka kiri melecet
Dalam keadaan sengsara tu pun dia masih lagi sempat bertanya pasal gerek, "gerek aku ok ka?". Kemudian teringatkan Rudy Project yang baru dibelinya kelmarin, "Zan, hang tolong simpan spek aku". Sadis sekali aku melihat dia, Cif juga hilang kata2. Cermin mata bernilai RM720 aku kutip satu persatu..


Ditenangkan oleh LT
Dahaginya Loso.. Berjaya mengawal diri dari pengsan malah kadang2 cuba untuk bangun sementara menanti ketibaan pacuan 4 roda

Pacuan 4 roda kepunyaan pembalak tiba jam 6.04 setelah Abang bermotorcross bingkas kebawah

Lebih kurang jam 6.30 Loso tiba di Hospital Jitra
Ed Redflag yang kebetulan merupakan kakitangan Hospital Bukit Kayu Hitam memudahkan keadaan..
Pukul 10.04, setelah lebih 3 jam menjalani rawatan menjahit bahagian bibir dan dalam mulut (semua kami yang menjenguk melalui celah lubang cermin tidak berupaya membilang bilangan sebenar jahitan yang diterima Loso. Mungkin sekitar 20-30. Nanti boleh disahkan sewaktu kerja2 membuka benang..

~Kesimpulannya, trek ini selamat serta amat cantik (walaupun hakikatnya sakit hati & mata memandang penerokaan hutan yang berleluasa).




2 comments:

Anonymous said...

mr zankx .... chek pinjam gambaq noo kat web angpa no..

ZanKX said...

SILALAH...
SILA