Friday, November 30, 2007

v-break boleh pancitkan tayar: antara metos dan realiti

Hari aku ingin membuka ruang di sini untuk kita membincangkan pasai penggunaan break cekak alias break kapit,,, V break la tu!
Bukannya apa, aku ni jenis yang tak mudah percaya pada teori semata-mata. Sebelum ni orang selalu kata break kapit alias break cekak tu tak dapat menandingi break cakera. Aku berpendapat dari segi efficiency memberhentikan gerek, kedua-dua jenis break ini adalah setara. Cuma break cakera adalah sistem break terkini dan lebih advance teknologinya. Jangan lupa secara puratanya break cakera adalah lebih berat sekitar 400-500gram (bergantung pada brand dan model) berbanding break kapit dan harganya juga jauh lebih mahal malah penyelenggaraan menukar pad juga mahal berbanding break kapit!
Bukannya berniat untuk merendah-rendahkan pengguna-pengguna break kapit tapi tujuan aku adalah untuk mengambil iktibar dari siri kejadian-kejadian yang berlaku di depan mata aku.Ahad ari tu sewaktu downhill kat Penang Hill gerek anak Manan pancit. Itulah pertama kali aku dengaq ayat dari mulut Manan yang mengatakan punca pancit tersebut adalah di sebabkan oleh break jenis itu. Hem, aku terpikiaq betui jugak!
Tadi sewaktu Daily Ride kami kat Wang Angin, gerek Shuhazi pancit betui-betui depan aku. Hanya dalam keadaan macam tu la baru aku boleh overtake dia. Kalau tidak hampeh, jangan harap nak buleh potong depa ni. Baguih juga kalau pancit selalu:)Ini bukanlah pertama kali terjadi kat Shuhazi, kalau tak salah kali yang ketiga tahun ni. Aku ingat pasai aku yang tolong dia tukarkan tayar. Kesemua kejadian ini berlaku sewaktu donwhill!Aku rasa mungkin betui kong (rim) yang panas akan menyebabkan tayar dalam bocoq.
Kes yang serupa juga pernah terjadi pada Wan Shahidan 2 kali waktu downhill, Ron dan Sohaimee sewaktu perjalanan balik. Kesemua depa ni menggunakan break jenis tu!

Kalau berani mai try..........!!!

4 comments:

Long Mie said...

Pada pendapatan saya, kalu tak nak pancit tayar ..... pakai la saddle FiZik Gobi.

ZanKX said...

betui tu mee,,,so bila lg nak angkat gobi,,,geng kita semua dah pakai, sebab tu tak penah pancit!:)

Long Mie said...

Tu laa masaalahnya ....tak larat nak angkat. Teringat pesanan orang tua-tua....... berpancit-pancit daulu bertolak-tolak ketepian......... Kalu tak nak sakit sila la bawak spare tire.

Long Mie said...

Sbg menyahut trend kekawan, maka mulai 26 Zulkaedah 1428 saya dan Shuhaizi mula menggunakan saddle Fi'zik Gobi, Insyallah lepaih ni tak pancit ....... heheheh.