Sunday, December 30, 2007

THE LOST WORLD

Bangkit pagi aku dikejutkan dengan berita daripada Hj Shuib (ahli TRM yang berjiran sebelah rumah dengan aku) mengatakan motor LC dia telah hilang semalam. Kami semua lansung tak sedaq waktu mana puak-puak ni beroperasi pasai awai tu kami dok pekena ayaq hangat kat kedai Cik Ah sampai pukui 12.
Tapi Hj cool saja malah masih boleh dok melawak, "Nasib baik depa tak angkut gerek sekali, kalau tidak rebah aku!" dan misi perlu di teruskan. Katanya kalau dia tak pi kayuhan akan tergendala pasai hanya dia yang pernah masuk hutan tu!
Pukui 7am semua ahli dah berkumpul di depan rumah aku & Hj. Selesai semua urusan angkat gerek kami bertolak dan singgah di kedai makan depan Politeknik Pauh. Kelibat Nizam alias Chan tak kelihatan hingga pukui 745 sepertimana di janjikan.
Perjalanan di teruskan ke Bulatan Sintok untuk berjumpa dengan Cif Inspektor Safuan, Adi dan Azli yang mai dari Aloq Setaq. Lepaih tu baru aku nampak bayang Chan sampai tapi pasai apa nampak macam baru mangkit tidoq? Rupa-rupanya dia tak jadi nak join kami pasai masih letih, malam tadi bertolak balik dari Ipoh. Ok bro, alasan munasabah! 845 Leftenan Komander (B) Ramly sampai dengan Waja orennya dari Sg Petani. Aku bangga pasai semua yang kompom dah muncul.

Tapi aku sedikit risau pasai Cif Inspektor Safuan info kata sorang rider dari Alor Setar tu baru saja beli gerek tapi nak join jugak2 kayuhan hari ini. Mana tidaknya, odometer si Azli baru menunjukkan 150km... Ish, boleh ka mamat ni ikut?

Riders: 10 TRM + Adi and Azli dari AS + Leftenan Komander (B) Ramly dari SP
Total distance: 71km (40km offroad + 31 tarmac)
Duration: 8 hours
Actual riding time: 4.5 hours
Trail Rating: 7/10




Saksikan gambar2 dulu... Nanti bila sempat aku selitkan komentarnya!

Maaf kerana tidak banyak gambar2 offroad yang sempat dirakamkan... Terlalu asyik melayan bukit...!



Gambar2 awal ehsan Chan Poli... Tq bro

Bila masa hangpa sempat dok posing kat situ?

Shuhazi sedang pasang Tank Pro kesayangan

Hj Shuib dengan Giant Anthem





Wan bersama Giant XTC... handle sejuk



Leftenan Komander (B) Ramly dengan Giant NRS3






Adios Chan...!

Hj Che Rus juga dengan Gaint NRS3.. Amboi tak berenggang hangpa

no, mentang2 satu team

Hari ni Gaint memonopoli trail...!

Jone dengan Specialized S Work

Shuib maintain dengan Scott Scale 50

Cif Inspektor Safuan tersenyum atas Santa Cruz Superlight....

Climbing pun masih senyum no?

16 km tarmac awal yang dah menyeksakan Azli... Sepanjang kayuhan

ini dia dah dok beletiaq, "Kata tarmac 4 km saja, ni pasai apa dah berbelaih

kilo dah tak masuk2 ofroad lagi. Hangpa tak patut buat kat aku macam ni..!"

Haha... Konspirasi kami nak kenakan Cikgu Zul pasai dia memang kureng sikit

endurance tapi hang yang muncul, apakan daya!

Permulaan ofroad setelah 16km tarmac yang menyentap jantung

dan muscle paha... tapi LC Ramly kata ok, baik buat warm tu..!

Hangpa perati Azli kat belakang tak berenti dok melanggah...

Hentian pertama di dalam hutan. Waktu ni sebenarnya dah tersesat jauh

dari laluan asal. Hj tak boleh dipersalahkan kerana terlalu banyak

laluan balak yang di pugar hinggakan ramai yang asyik melayan trail

cantik, selamat dan luas sampai tak sempat nak perati kiri kanan dah..!

Uphill paling ekstrem dalam kayuhan hari ini. Ramai yang

ingat selekoh di bawah tu adalah yang terakhir mendaki

tetapi ternyata... langut2 tengok, noh haih, makin sakan...!



Bergurau sementara menunggu group di belakang




Left Komander (B) sempat memberi serba sedikit tips berguna ketika
menghadapi situasi kritikal di dalam hutan, tq atas ilmu

Seketika selepas keluar dari seksa

LC Ramly, awat camel bak tu nampak nipih saja, pi mana habih
ayaq yang bawa tadi?

Tarmac semula menuju ke Puncak Janing... Kerana terbabas
jarak sepatutnya 4km menjadi 8 km mengharungi terik
mentari


Perjalanan pulang melalui trek sebenar, cuma 8km ofroad...!
Sesat? Haha...


Break away peloton...


Mission completed

The Orange of Left Komander (B) Ramly.. You rock bro...
Welcome to the club...!

Semua risaukan keadaan Azli. Report dari riders belakang
mengatakan dia dah flat tapi masih enggan untuk menaiki
kenderaan rescue. Sebelum tu kawannya si Adi dah pun bagi tau
yang Azli tak akan menerima misi menyelamat yang akan diberikan..
Semangat juang luar biasa di tampilkan oleh rookie
ini...!

Azli, sejam lebih kami tunggu hang...

Akhirnya Azli sampai dengan longlai tapi yang mahainya hang sentiasa
tersenyum walaupun sengsara...
Semua riders memberikan standing ovation buat Azli...Tabik kat hang
Azli, baru hang tau bukit tinggi rendah..Main golf boleh la caddy Indon
tolong lap kan peluh...!

Message buat Adi & Azli: Jangan serik no?

Solat asar kat Masjid Kg Tradisi Felda Changlun

Majlis makan minum di pekan Changlun setelah selesai kayuhan

Gambar ehsan Left Komander (B) Ramly: Sunburn akibat 8 jam
di bawah panas terik matahari


Terima kasih dan tahniah kepada semua yang menjayakan misi... Sampai bertemu di lain kali...!

*Group TRM akan menjadikan trail sesat ini sebagai laluan wajib di masa akan datang... Nantikan

No comments: