Monday, March 24, 2008

THOMPSON TRAIL CAMERON HIGHLAND


Rabu 19 Mac 2008 jam 830 malam group TRM bertolak ke Gunung Rapat, Ipoh. Kami bermalam di rumah bonda Sohaimee untuk melakukan kayuhan Tapah- Tanah Rata keesokan paginya.

Khamis 20 Mac 2008, selesai solat subuh berjemaah, lima pang5 yang diketuai oleh Hj Shuib berlepas ke Tapah. Sarapan pagi di Tapah jam 7.30 pagi dan memulakan kayuhan dari Plaza Tol Tapah tepat jam 8.30 pagi yang diiringi dengan bacaan doa selamat oleh tok ketua. Cuaca awal pagi yang mendung memberansangkan kesemua peserta.


Bakal mengharungi 60km pendakian ke 1500m dari aras laut
Kayuhan hari pertama yang berlangsung dengan gelak ketawa sepanjang laluan kerana kami mengajuk loghat Perak. Cuaca teduh serta banyak pokok sepanjang laluan memberi kelebihan buat kami. Akhirnya sampai ke Tanah Rata jam 2.30 ptg






______________________________________________________________________






Jumaat 21 Mac 2008 merupakan ujian dan maksud sebenar kami ke sini, menawan Thompson Trail. Kami memulakan kayuhan jam 8.00 pagi dari Tanah Rata menurun ke Ringlet sejauh 14km tarmac. Kemudian membelok ke kiri dan menurun lagi ke Bertam Valley. Laluan di sini adalah offroad kerana kerja-kerja pembinaan jalan baru dari Ringlet ke Kuala Lipis. Jangka siap projek ini ialah pada tahun 2010.

Hujan renyai-renyai membasahi laluan Bertam Valley menyukarkan kayuhan



Pemandangan biasa pick up membawa orang asli


Rumah brader ni nanti akan terletak betul-betul di tepi lebuhraya



Selut 'mendonatkan' tayar



SK Pos Mensun



Pos Mensun merupakan aras terendah turunan kami iaitu 550m dari aras laut sebelum membelok ke kiri untuk ke Kg Kuala Boh




Pendakian sederhana melalui jalan konkrit dari Pos Mensun ke Kg Kuala Boh. Pemandangan di belakang ialah penempatan orang asli Kg Kuala Boh



Keperitan berkayuh terlerai apabila berjumpa dengan air terjun Sg Boh. Mulanya kami menghadapi kesukaran untuk mencari tempat ini kerana kami tidak dapat membuat setting perbatuan kerana kerja-kerja pembinaan jalan di Ringlet tadi



Tapi 2 orang dari kami ialah kakitangan JUPEM yang begitu yakin dengan ilmu serta pengalaman mereka. Satu jam dihabiskan di sini



Rehat di Kg Panggen. Hanya sedikit penempatan orang asli di sini





Loso & Zan sanggup menolak gerek keatas untuk pelepas geram downhill. Stim woo menengok bukit nih, tak sanggup teman membior Loso sorang-sorang keateh




Loso begitu fokus menuruni bukit Peristiwa lucu yang tak dapat kami lupakan



Apabila selesai kami downhill tetiba turun seekor babi hutan jinak yang nampak seperti menunjuk-nunjuk skillnya menuruni bukit kepada kami



Adalah dipercayai babi hutan ni menjadi jinak kerana dipelihara sejak kecil



Loso melepasi Ladang Boh
Zan
Haji
Shuhazi
Sohaimee
'Take five' selepas pendakian tarmac yang panjang dalam Ladang Boh. Jarak melebihi 10km mendaki ke aras 1300m. Boringnye... Asyik nampak pokok teh dengan mamat Bangla yang kehairanan melihat kami kayuh gerek
Pekena teh mahai, seteko $15.90..
Aras tertinggi Thompson Trail, 1300m dari aras laut di BOH Tea Garden & Tea Centre sebelum menurun 6km tarmac ke Habu
Lokasi di Habu sebelum mendaki kembali 9km ke Tanah Rata. Jarak keseluruhan satu pusingan Thompson Trail dari Tanah Rata ialah 63km.
Makan malam yang menyelerakan. Di sediakan oleh cef Shuhazi & cef Hj. Hasilnya 10kg beras dihabiskan oleh kami sepanjang 3 hari di Cameron Highland





1 comment:

Anonymous said...

isk isk.. ruginya... chek tak pi sama... tak pa.. nanti kalau buat plak.. insyaAllah chek turun no.. :)


omaQ.org | True your Life..
http://www.omaQ.org