Rabu 19 Mac 2008 jam 830 malam group TRM bertolak ke Gunung Rapat, Ipoh. Kami bermalam di rumah bonda Sohaimee untuk melakukan kayuhan Tapah- Tanah Rata keesokan paginya.
Khamis 20 Mac 2008, selesai solat subuh berjemaah, lima pang5 yang diketuai oleh Hj Shuib berlepas ke Tapah. Sarapan pagi di Tapah jam 7.30 pagi dan memulakan kayuhan dari Plaza Tol Tapah tepat jam 8.30 pagi yang diiringi dengan bacaan doa selamat oleh tok ketua. Cuaca awal pagi yang mendung memberansangkan kesemua peserta.



______________________________________________________________________
Jumaat 21 Mac 2008 merupakan ujian dan maksud sebenar kami ke sini, menawan Thompson Trail. Kami memulakan kayuhan jam 8.00 pagi dari Tanah Rata menurun ke Ringlet sejauh 14km tarmac. Kemudian membelok ke kiri dan menurun lagi ke Bertam Valley. Laluan di sini adalah offroad kerana kerja-kerja pembinaan jalan baru dari Ringlet ke Kuala Lipis. Jangka siap projek ini ialah pada tahun 2010.
Hujan renyai-renyai membasahi laluan Bertam Valley menyukarkan kayuhan
Pemandangan biasa pick up membawa orang asli
Rumah brader ni nanti akan terletak betul-betul di tepi lebuhraya
Selut 'mendonatkan' tayar
SK Pos Mensun

Pos Mensun merupakan aras terendah turunan kami iaitu 550m dari aras laut sebelum membelok ke kiri untuk ke Kg Kuala Boh
Pendakian sederhana melalui jalan konkrit dari Pos Mensun ke Kg Kuala Boh. Pemandangan di belakang ialah penempatan orang asli Kg Kuala Boh
Keperitan berkayuh terlerai apabila berjumpa dengan air terjun Sg Boh. Mulanya kami menghadapi kesukaran untuk mencari tempat ini kerana kami tidak dapat membuat setting perbatuan kerana kerja-kerja pembinaan jalan di Ringlet tadi
Tapi 2 orang dari kami ialah kakitangan JUPEM yang begitu yakin dengan ilmu serta pengalaman mereka. Satu jam dihabiskan di sini
Rehat di Kg Panggen. Hanya sedikit penempatan orang asli di sini
Loso & Zan sanggup menolak gerek keatas untuk pelepas geram downhill. Stim woo menengok bukit nih, tak sanggup teman membior Loso sorang-sorang keateh
Loso begitu fokus menuruni bukit
Apabila selesai kami downhill tetiba turun seekor babi hutan jinak yang nampak seperti menunjuk-nunjuk skillnya menuruni bukit kepada kami
Adalah dipercayai babi hutan ni menjadi jinak kerana dipelihara sejak kecil
1 comment:
isk isk.. ruginya... chek tak pi sama... tak pa.. nanti kalau buat plak.. insyaAllah chek turun no.. :)
omaQ.org | True your Life..
http://www.omaQ.org
Post a Comment